Wednesday, 29 November 2017

Buatlah Mesyuarat Cawangan Dulu, Usah Sibuk Salahkan ROS



Pengerusi Pakatan Harapa, Mahathir kini dalam keadaan terdesak. Pendaftaran PH untuk menjadi satu gabungan masih belum diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) disebabkan masalah dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Meskipun ia adalah masalah dalaman sendiri, namun Mahathir mengambil pendekatan untuk menyalahkan pihak lain. Mula-mula beliau menyalahkan ROS, kemudian menuding jari kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Kini beliau menyalahkan pula Datuk Seri Najib Tun Razak, kononnya Perdana Menteri hanya mendiamkan diri sahaja apabila berdepan dengan tuntutan hak parti lawan.

Sekiranya semua tuntutan yang diminta oleh ROS dipenuhi, sudah pasti pihak berkuasa tiada masalah untuk menolaknya namun apa yang berlaku adalah disebabkan isu dalaman PPBM dan DAP yang masih belum diselesaikan.

PPBM berdepan masalah atas tiga kesalahan yang dilakukannya iaitu tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai ARMADA dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti sehingga boleh menyebabkan parti itu dibatalkan.

Manakala dalam isu DAP pula, parti itu berdepan dengan kemelut pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang tidak sah sebelum ini dan perlu mengadakan semula pemilihan CEC baru.

Selepas mengadakan pemilihan semula CEC, parti tersebut masih belum menghantar laporan kepada ROS untuk pengesahan rasmi.

Dan baru-baru ini, pemilihan DAP itu didakwa mempunyai unsur meragukan apabila bekas Pengerusi DAP Cawangan Bagan Luar, G Asoghan, berkata ada perwakilan tidak berpuas hati dengan pengendalian proses itu oleh firma audit antarabangsa, Grant Thornton.

Beliau mendakwa, ketika pengiraan kertas undi, tiada sebarang wakil atau ejen dibenarkan masuk melihat proses berkenaan, sekali gus memungkinkan tipu helah berlaku sekali lagi.

"Ketika proses pengundian, ada wakil tanya di mana tempat kiraan undi. Pemerhati yang dilantik DAP menyatakan mereka membuat pengiraan di sebuah bilik, namun tiada sesiapa pun dibenarkan masuk,'' katanya.

Dengan isu-isu yang berbangkit itu, jelas menunjukkan bahawa PPBM dan DAP masih belum menyelesaikan masalah dalaman mereka, jadi bagaimana pendaftaran PH sebagai satu parti gabungan dapat dijalankan.

Sesiapa sahaja yang waras tahu mengenainya, jadi kenapa nak salahkan ROS, Zahid dan Najib? Tulisan terbaru Mahathir di blog Che det adalah tidak masuk akal sama sekali.

Dulu Mahathir jawab tidak tahu berkenaan isu kerugian RM30 bilion Bank Negara Malaysia (BNM) akibat urus niaga matawang asing, kini beliau menyalahkan orang lain pula apabila PH masih belum diluluskan pendaftarannya.

Mahathir sudah terdesak kerana Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan diadakan pada bila-bila masa. Beliau bimbang jika pembangkang tidak bergabung dengan segera maka sukar untuk pembangkang memberikan saingan sengit kepada Barisan Nasional.

Jika mahu bertanding atas tiket Pakatan Harapan, sepatutnya semua isu diselesaikan terlebih dahulu dalam parti masing-masing.

Isu dalam parti pun tidak mampu diselesaikan, ada hati nak memerintah negara. Langsung tidak profesional pembangkang di Malaysia ini.

Friday, 17 November 2017

Hidup Mahathir Masih DiTanggung Kerajaan BN


Siang malam 24 jam walaupun penyakit gila "Kepala Bapak" dok sibuk nak menjatuhkan dan menghentam membabi buta tanpa fakta sahih terhadap PM NajibRazak, Kehidupan Dr. Mahathir masih ditanggung Kerajaan Barisan Nasional. Adakah Macai2 Lembu mahathir tau disebalik melalak siang malam mahathir tu.... Lembu - lembu ni depa kan bodoh.. percaya saja apa yang mahathir dok bohong..

Jadi mantan perdana menteri yang balun kerajaan 24 jam pun masih guna 21 kakitangan yang dibayar sepenuhnya oleh kerajaan yg dia balun dan kutuk hari2. 

Antara perkara dalam kehidupan Dr. Mahathir yang ditanggung kerajaan adalah:

- Pengawal peribadi UTK dan segala kos perbelanjaan makan minum walaupun ke luar negara
- Pegawai perubatan dan segala kos perbelanjaan
- Juruiring dan segala kos perbelanjaan
- Penolong pegawai khas dan segala kos perbelanjaan
- Pejabat di Yayasan Kepimpinan Perdana termasuk bil utiliti dan gaji pekerja, elaun dan apa-apa tuntutan
- Kediaman di The Mines Resort City termasuk bil utiliti, gaji pekerja dan elaun 
- Pencen bulanan RM22,826.60 serta elaun dan peruntukan khas
- Kenderaan beserta pemandu dan segala kos perbelanjaan



Membazir je duit rakyat sampai 21 orang kena jaga..Gaji 21 orang ni pakai duit kerajaan zimbabwe ke? sekarang mahathir nak pusing kat mana yer.. tak malu kah mahathir atau keturunan kutty ni jenis menyapu hak orang pastu melalak tunjuk bajet suci.. sampai bila mahathir nak berpura-pura bersikap munafik tu yer.. skrg penyakit haprak mahathir dah berpindah kepada anak dia pula si mukhriz boboi pala jendul..politik dah hancur dok bertinggung pula pada sokongan budak-budak sangap yang dok hingaq pasal bola, mukhriz harus malu kerana masih mengharap ayahnya yang dah semakin nyanyok dan merapu.. sudah2 la mahathir kutty dan anaknya mukhris boboi.. dah tak kemana pun laaaa..