Sunday 7 January 2018

Kenapa Mukhriz Tidak Lepas Jawatan Dalam OPCOM Semasa Sertai Kerajaan?

Image result for mukhriz dan opcom

Kenapa Mukhriz masih memegang jawatan dan kepentingan dalam OPCOM Holding semasa menjawat jawatan dalam kerajaan... Adakah beliau takut kehilangan sumber pendapatan ataupun semua ini atas suruhan Mahathir! Untung berganda mana boleh beliau mahu lepaskan begitu sahaja kerana OPCOM Holding ni juga hasil dari tabungan Mahathir selama 22 tahun jadi Perdana Menteri kan.. kan ..kan..

Mukhriz Mahathir sewajarnya melepaskan jawatan serta merta sebagai Pengerusi OPCOM Holdings Bhd (OPCOM) sebaik dilantik sebagai Timbalan Menteri pada 10 April 2008 bagi mengelak konflik kepentingan.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu hanya melepaskan jawatan Pengerusi di syarikat pengeluar kabel gentian optik pada Ogos 2009, selepas lebih setahun dalam kerajaan.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, berkata Mukhriz sepatutnya meletakkan jawatan apatah lagi jika syarikat yang dipengerusikan itu ada hubung kait perniagaan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Beliau berkata, kesilapan mungkin wujud jika berlaku urus niaga antara syarikat yang dipengerusikan itu dengan pihak kerajaan ketika Mukhriz memegang jawatan Timbalan Menteri.

"Kesilapan lebih teruk jika beliau tidak mengisytiharkan kepentingan dalam kontrak berkenaan, perlu diteliti sama ada wujud atau tidak urus niaga membabitkan kepentingan antara syarikat berkenaan dengan Mukhriz ketika memegang jawatan Timbalan Menteri," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mukhriz dilapor membuat dua transaksi jualan saham OPCOM masing-masing sebanyak 43,600 dan 605,000 unit pada 2 dan 3 Januari lalu.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, OPCOM memaklumkan bahawa selepas penjualan berkenaan, Mukhriz masih pemegang saham terbesar dengan memiliki 40.61 juta saham atau 25.18 peratus.

Mukhriz adalah pengasas syarikat yang ditubuhkan pada November 1994 dan pernah menjadi Pengerusi hingga 5 Ogos 2009.

Mukhriz dilantik Menteri Besar Kedah dari 6 Mei 2013 hingga 3 Februari 2016. Sebelum itu, beliau adalah Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dari 2008 hingga 2013.

Mengulas lanjut Abdul Aziz berkata, mengikut amalan kerajaan Barisan Nasional (BN), mana-mana individu yang memegang jawatan perlu mengisytiharkan aset dan melapor urus niaga aset berkenaan kepada pucuk pimpinan.

Beliau berkata, pihak berkenaan juga tidak boleh menjalankan `kerja-kerja' perniagaan ketika berada dalam kerajaan termasuk Kabinet.

"Jika saham dijual beli ketika memegang jawatan, ia ibarat menjalankan perniagaan tetapi jika aset dijual bagi melupuskan aset berkenaan, individu terbabit hanya perlu mengisytiharkan perubahan pegangan itu kepada kerajaan.

"Jika sudah tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan, penjualan saham yang dipegang sebagai bentuk pelaburan dengan tidak berlaku urusan jual beli ketika memegang jawatan hanyalah satu bentuk perniagaan yang dibenarkan," katanya.

No comments:

Post a Comment