Wednesday 18 April 2018

#PRU14 : Ketua Bahagian Kelana Jaya Ditolak Sebagai Calon


Isu calon Pilihanraya Umum sentiasa menjadi bualan dan menjadi tajuk cerita utama selepas pembubaran Parlimen tempohari. Di Parlimen kelana Jaya pun tidak terlepas dari satu isu yang amat perlu diberi perhatian oleh pihak tertinggi BN. Penulis mendapat sumber maklumat mengatakan bahawa gerakan menolak Ketua Bahagian sebagai calon N32 DUN Seri Setia bermula sejak setahun yang lalu kerana Ketua Bahagian tidak peduli masalah rakyat dan gagal menjalankan tanggung jawab dan amanah yang telah diberi pucuk pimpinan UMNO dan BN.

Rentetan berkaitan penolakan calon PRU14 bagi kawasan N32 DUN Seri Setia , dibawah Parlimen Kelana Jaya. Masaalah tersebut telah disampaikan secara bertulis kepada Pengerusi BN, YAB Datuk Sri Mohd Najib Razak.


Jika sudah tidak ada persetujuan dan berlaku penolakan sepenuhnya yang datang dari Akar Umbi, ahli UMNO Kelana Jaya, Ketua-Ketua dan Jentera PDM termasuk Pengarah PDM dikawasan terbabit, Ketua-Ketua Cawangan, NGO serta Jentera Pilihanraya termasuk Pengundi DUN Seri Setia diatas pencalonan Datuk Hj HM Yusuf Bin HM Hanif yang juga Ketua UMNO Bahagian Kelana jaya sebagai Calon BN untuk N32 DUN Seri Setia pada PRU14. Bagaimana boleh diberi ruang sebagai calon untuk bertanding!

Penolakan tersebut atas faktor-faktor tidak mendapat sokongan AJK Bahagian. Sebagai Ketua Bahagian, beliau gagal melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang telah diamanahkan pihak atasan UMNO dalam tugas menggerakkan jentera termasuk menyatupadukan ahli-ahli UMNO termasuk juga gagal mendapat sokongan AJK Bahagian dalam Program Bahagian yang hendak dibuat.

Sudahlah tidak mendapat sokongan daripada Ketua Cawangan, Dalam masa yang sama hampir 80 peratus AJK UMNO Kelana Jaya termasuk sayap parti UMNO Bahagian,Pemuda,Puteri,Wanita termasuk Ketua-Ketua Cawangan tidak dapat memberi kerjasama diatas faktor bersikap ego, angkuh dan tiada kriteria untuk menyatupadukan ahli-ahli UMNO selepas menjawat jawatan sebagai Ketua Bahagian. Yang lebih ketara beliau terlebih mementingkan sebahagian ahli UMNO yang memihak kepada beliau yang rata-rata yang ada berkepentingan untuk menyelamatkan jawatan beliau sahaja.


Sampai NGO juga turut bersependapat menolak dan tidak menyokong kerana beliau kurang mesra serta tidak membantu menyelesaikan masaalah yang dihadapi NGO dikawasan Kelana Jaya. Hanya bijak berjanji manis semasa majlis jemputan selepas itu segala janji-janji manis mahu memberi sumbangan serta bantuan kewangan tenyata hanya janji ke tong sampah sajalah. Beliau juga suka sangat berjanji untuk menyumbang berbentuk wang tunai kepada NGO kawasan DUN Seri Setia tetapi beliau tidak pernah menepati apa yang telah dijanjikan. Sudahlah gagal dan lewat dilaksanakan dan perkara seperti ini secara tidak langsung akan memberi imej yang tidak baik khususnya kepada parti UMNO dan BN. Adakah Datuk Hj HM Yusuf ni sengaja mahu berbuat begitu kah atau memang dia tidak layak langsung diangkat sebagai Ketua Bahagian.

Sumber difahamkan, Beliau telah menerima peruntukan untuk gerak kerja PRU14. Tetapi dimanakah peruntukan itu beliau salorkan kerana satu sen pun setiap Cawangan-Cawangan tidak terima lagi! Bagaimana jentera-jentera mahu bergerak... Begitu juga dengan jentera peringkat PDM. Segala Gerak kerja yang dibuat tidak melambangkan untuk kemenangan BN di Parlimen Kelana Jaya pada PRU14 ni. Arahan pucuk pimpinan UMNO Selangor dibuat seperti acuh tidak acuh saja... sampai bilik Gerakan PDM ada yang diibaratkan seperti "Hidup Segan dan Kurang bergerak". Kerana peruntukan yang entah kemana ghaib, Pengarah bilik Gerakan PDM pula menjadi sasaran ahli-ahli termasuk jugalah jentera BN serta Jentera UMNO Bahagian. Peruntukan yang ada pada Penyelaras BN DUN Seri Setia sepatutnya sudah disalorkan tetapi telah ghaib bagaimana Pengarah bilik Gerakan PDM mahu menggerakkan jentera.... takkan lah sampai mahu keluar duit poket sendiri pula kan..




Penulis difahamkan bahawa, NGO,Pengundi, Ahli UMNO termasuk pejuang parti dan BN telah menyatakan kebimbangan sekiranya Pencalonan Datuk Hj HM Yusuf Bin HM Hanif sebagai ADUN N32 Seri Setia akan membuatkan BN berhadapan jalan sukar untuk memenangi kerusi tersebut seterusnya akan mengalami kekalahan yang lebih teruk lagi. Bermakna akan bertentangan dengan hasrat UMNO dan BN Selangor untuk memenangi kembali Selangor jika salah satu dari kerusi yang diharapkan tidak dapat dimenangi apa gunanya. Diharapkan pihak atasan BN perlu memberi perhatian sebelum terlambat.

Jangan terlajak baru mahu mengundur... UMNO dan BN perlu mendengar suara akar umbi. Penolakan tersebut datang dari sebahagian besar pengundi2 tegar BN termasuk jugalah yang sentiasa bersama UMNO dan BN Kelana Jaya.

#HebatkanNegaraku
#BersamaBN
#RakyatDidahulukan


 






Wednesday 4 April 2018

Jamal Pengerusi BN Selangor?

Image result for jamal bn sg besar

Bila Pilihanraya Umum semakin hampir tiba bermacam giler pulak yang tiba sama! penulis difahamkan bahawa Ketua Bahagian Sungai Besar DS Jamal Pak Tongkol pun sama giler akibat kemaruk nak menjadi calon Ahli Parlimen Sungai Besar.

Antara kerja giler yang ternyata akan melantaikan BN bila DS Jamal yang mengumumkan skim perumahan percuma untuk penduduk Sg Besar jika memilih BN? Kenapa DS Jamal melangkau segalanya ni!! Adakah beliau sebagai Pengerusi Barisan Nasional Selangor bukannya TS Noh Krustasia? Mana satu yang betul kerana TS Noh Krustasia menafikan Skim Perumahan percuma ini tidak ada kena mengena dengan UMNO mahupun Manifesto Barisan Nasional Selangor......

Adakah DS Jamal Pak Tongkol ni dah ciwi terlebih nak menjadi calon Ahli Parlimen ataupun nak mendajal calon lain yang dilantik nanti dengan janji tak masuk akal seperti janji PAKATAN HAPRAK BULAN DAN BINTANG?!!!

Dibawah ni diselitkan serba sedikit cerita giler tu...



Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

Ybhg. Dato/Tuan/Puan dijemput hadir ke Majlis Pecah Tanah Projek Rumah Percuma Parlimen Sungai Besar DUN Sungai Panjang  yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 5/4/2018 (Khamis)
Masa:  3.00 ptg.
Lokasi : Merbau Berdarah, Parit 16 Sg Panjang (Berhadapan MRSM)

Kehadiran Ybhg. Dato/Tuan/Puan amat dihargai dan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Dari SUB.
Sk. DS KUB

Laporan dipetik dalam Portal Selangor Post...
https://selangorpost.com.my/2018/03/31/rumah-percuma-itu-kena-tanya-jamal-noh/

RUMAH PERCUMA: ITU KENA TANYA JAMAL- NOH
KUALA LUMPUR – Tawaran 100 rumah percuma kepada pengundi Sungai Besar jika Barisan Nasional (BN) mengambil alih Selangor adalah ‘projek’ Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan bukannya kerajaan.
Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata program itu tidak melibatkan Kementerian Kesejateraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
“Itu kena tanya Jamal, beliau ada bincang (dengan saya) tapi tiada kena mengena dengan kerajaan. Saya pun ada tanya beliau boleh buat atau tak, tapi beliau kata boleh buat.
“Jamal, kedai makan percuma beliau mampu bagi, jadi itu kena tanya Jamal macam mana cara nak buat. Mungkin beliau ada cara sendiri, saya tak tahu, itu projek beliau.
“Macam beliau buat restoran makanan percuma,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Insentif Perumahan KPKT, di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Sebelum ini, Jamal menawarkan lebih 100 unit kediaman percuma kepada pengundi dan pasangan muda di Sungai Besar jika parti itu kembali memerintah negeri itu.
Beliau mengulas hasrat Jamal selaku Pengerusi BN Sungai Besar pada bulan lepas mahu memberikan lebih 100 unit rumah percuma kepada pengundi dan pasangan muda di Sungai Besar.
Tawaran itu hanya diberikan kepada anak-anak muda yang baru berkahwin dengan pendapatan di bawah RM2,500 sebulan disediakan secara percuma dan bukannya rumah sewa.
Bagi memulakan insentif itu, BN Sungai Besar telah membeli sebidang tanah seluas 10 ekar dalam Parlimen Sungai Besar dan kerja-kerja pecah tanah bakal dilakukan dalam masa terdekat.

Sumber dibagi tahu bahawa katanya dia dah beli tanah ditempat yang akan dibuat perumahan percuma tu.. nanti pihak mana pula yang akan menanggung pembinaan tersebut? Sendiri yang buat janji yang jadi naya kena tanggung UMNO dan BN pula?

Memang BN Selangor tak nak menang jika dibiarkan Jamal Pak Tongkol buat sesuka hati mcm dia saja yang berkuasa!! Ini akan jadi salah satu dari sebab natijah kekalahan kepada BN..

BN Selangor harus peka bukan buat2 pekak!!!