Wednesday 18 April 2018

#PRU14 : Ketua Bahagian Kelana Jaya Ditolak Sebagai Calon


Isu calon Pilihanraya Umum sentiasa menjadi bualan dan menjadi tajuk cerita utama selepas pembubaran Parlimen tempohari. Di Parlimen kelana Jaya pun tidak terlepas dari satu isu yang amat perlu diberi perhatian oleh pihak tertinggi BN. Penulis mendapat sumber maklumat mengatakan bahawa gerakan menolak Ketua Bahagian sebagai calon N32 DUN Seri Setia bermula sejak setahun yang lalu kerana Ketua Bahagian tidak peduli masalah rakyat dan gagal menjalankan tanggung jawab dan amanah yang telah diberi pucuk pimpinan UMNO dan BN.

Rentetan berkaitan penolakan calon PRU14 bagi kawasan N32 DUN Seri Setia , dibawah Parlimen Kelana Jaya. Masaalah tersebut telah disampaikan secara bertulis kepada Pengerusi BN, YAB Datuk Sri Mohd Najib Razak.


Jika sudah tidak ada persetujuan dan berlaku penolakan sepenuhnya yang datang dari Akar Umbi, ahli UMNO Kelana Jaya, Ketua-Ketua dan Jentera PDM termasuk Pengarah PDM dikawasan terbabit, Ketua-Ketua Cawangan, NGO serta Jentera Pilihanraya termasuk Pengundi DUN Seri Setia diatas pencalonan Datuk Hj HM Yusuf Bin HM Hanif yang juga Ketua UMNO Bahagian Kelana jaya sebagai Calon BN untuk N32 DUN Seri Setia pada PRU14. Bagaimana boleh diberi ruang sebagai calon untuk bertanding!

Penolakan tersebut atas faktor-faktor tidak mendapat sokongan AJK Bahagian. Sebagai Ketua Bahagian, beliau gagal melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang telah diamanahkan pihak atasan UMNO dalam tugas menggerakkan jentera termasuk menyatupadukan ahli-ahli UMNO termasuk juga gagal mendapat sokongan AJK Bahagian dalam Program Bahagian yang hendak dibuat.

Sudahlah tidak mendapat sokongan daripada Ketua Cawangan, Dalam masa yang sama hampir 80 peratus AJK UMNO Kelana Jaya termasuk sayap parti UMNO Bahagian,Pemuda,Puteri,Wanita termasuk Ketua-Ketua Cawangan tidak dapat memberi kerjasama diatas faktor bersikap ego, angkuh dan tiada kriteria untuk menyatupadukan ahli-ahli UMNO selepas menjawat jawatan sebagai Ketua Bahagian. Yang lebih ketara beliau terlebih mementingkan sebahagian ahli UMNO yang memihak kepada beliau yang rata-rata yang ada berkepentingan untuk menyelamatkan jawatan beliau sahaja.


Sampai NGO juga turut bersependapat menolak dan tidak menyokong kerana beliau kurang mesra serta tidak membantu menyelesaikan masaalah yang dihadapi NGO dikawasan Kelana Jaya. Hanya bijak berjanji manis semasa majlis jemputan selepas itu segala janji-janji manis mahu memberi sumbangan serta bantuan kewangan tenyata hanya janji ke tong sampah sajalah. Beliau juga suka sangat berjanji untuk menyumbang berbentuk wang tunai kepada NGO kawasan DUN Seri Setia tetapi beliau tidak pernah menepati apa yang telah dijanjikan. Sudahlah gagal dan lewat dilaksanakan dan perkara seperti ini secara tidak langsung akan memberi imej yang tidak baik khususnya kepada parti UMNO dan BN. Adakah Datuk Hj HM Yusuf ni sengaja mahu berbuat begitu kah atau memang dia tidak layak langsung diangkat sebagai Ketua Bahagian.

Sumber difahamkan, Beliau telah menerima peruntukan untuk gerak kerja PRU14. Tetapi dimanakah peruntukan itu beliau salorkan kerana satu sen pun setiap Cawangan-Cawangan tidak terima lagi! Bagaimana jentera-jentera mahu bergerak... Begitu juga dengan jentera peringkat PDM. Segala Gerak kerja yang dibuat tidak melambangkan untuk kemenangan BN di Parlimen Kelana Jaya pada PRU14 ni. Arahan pucuk pimpinan UMNO Selangor dibuat seperti acuh tidak acuh saja... sampai bilik Gerakan PDM ada yang diibaratkan seperti "Hidup Segan dan Kurang bergerak". Kerana peruntukan yang entah kemana ghaib, Pengarah bilik Gerakan PDM pula menjadi sasaran ahli-ahli termasuk jugalah jentera BN serta Jentera UMNO Bahagian. Peruntukan yang ada pada Penyelaras BN DUN Seri Setia sepatutnya sudah disalorkan tetapi telah ghaib bagaimana Pengarah bilik Gerakan PDM mahu menggerakkan jentera.... takkan lah sampai mahu keluar duit poket sendiri pula kan..




Penulis difahamkan bahawa, NGO,Pengundi, Ahli UMNO termasuk pejuang parti dan BN telah menyatakan kebimbangan sekiranya Pencalonan Datuk Hj HM Yusuf Bin HM Hanif sebagai ADUN N32 Seri Setia akan membuatkan BN berhadapan jalan sukar untuk memenangi kerusi tersebut seterusnya akan mengalami kekalahan yang lebih teruk lagi. Bermakna akan bertentangan dengan hasrat UMNO dan BN Selangor untuk memenangi kembali Selangor jika salah satu dari kerusi yang diharapkan tidak dapat dimenangi apa gunanya. Diharapkan pihak atasan BN perlu memberi perhatian sebelum terlambat.

Jangan terlajak baru mahu mengundur... UMNO dan BN perlu mendengar suara akar umbi. Penolakan tersebut datang dari sebahagian besar pengundi2 tegar BN termasuk jugalah yang sentiasa bersama UMNO dan BN Kelana Jaya.

#HebatkanNegaraku
#BersamaBN
#RakyatDidahulukan


 






No comments:

Post a Comment