Wednesday, 13 July 2022

Beruk Dengan Pisang Tidak Akan Berpisah

 “Internet Tidak Pernah Lupa”

Trojan horse atau Mole itulah ungkapan yang diberikan oleh Raja Petra kepada Lokman Noor Adam.

Semalam dengan bangga Lokman berkongsi hantaran Facebook Raja Petra untuk menghentam Perdana Menteri Ismail Sabri Ismail Sabri Yaakob.

Maka Laskar-Laskar Siber Lokman bagaikan hilang akal menghentam PM dan juga beberapa pemimpin lain seperti Annuar Musa. Mereka lupa Lokman ni juga Raja Petra panggil Trojan Horse untuk merosakkan UMNO dari dalam.

Siapa yang Lokman tak pernah hentam? Hishammuddin Tun Hussein, Mohamad Hasan (Tok Mat) dan Presiden sendiri dia pernah hentam.

Macam-macam gelaran dia pernah berikan kepada pemimpin UMNO sendiri. 

Cuma seorang je yang Lokman takkan usik iaitu Najib Razak. Ialah pernah dilantik Pengarah Komunikasi MOF dahulu.

UMNO sekarang dah pelik, bekas-bekas PKR diangkat dan diberi jawatan yang tinggi. Contoh Lokman Adam sendiri dan terbaru Zamil Ibrahim.

Yang lebih pelik ada ahli UMNO percaya dengan Lokman Adam si Trojan Horse ini!

Makin lama makin kelongkang pemikiran sebahagian yang mengaku berjuang untuk UMNO ni.. mereka ada yang berlakon saja.

Muka2 ni semua majoriti telah ditolak rakyat mahupun akar umbi UMNO sebenarnya. Kepala sama macai2 jer cakap yang akar umbi serta rakyat mahu padahal itu hanya dusta saja 

Sebaiknya Tuan Presiden buat Pemilihan baru yang lagi afdal. Kita tahu sapa disebalik game ni.. Presiden digunakan oleh bekas Presiden sebenarnya. 

Hahaha


Tuesday, 12 July 2022

Bila Ada Pemimpin UMNO Gelabah 720 Darjah

Bila Askar Upahan Kluster Mahkamah serta Penipu besar makan dedak Raja Petra serta Lokman kaki salak jalanan nak main isu yang tengah mereka sebarkan tu yang ternyata tiada kesahihan sebenar...

Mereka mungkin sedang seronok dengan cara bodoh makan diri mereka tu sampai lupa agaknya yang 2 Pemimpin mereka tu terang2 menyokong Anwar sebagai PM dengan Sd2 yang mereka dah sain. Perkara tu memang mereka sendiri pun tahu tapi acah2 lupa.. 

Semasa G15 UMNO sibuk nak jatuhkan Muhyiddin Yassin dari kerusi Perdana Menteri,  semasa itu Mael Sabri adalah Timbalan Perdana Menteri kepada Muhyiddin Yassin.


Baru-baru ini, ada orang beri kredit kepada Presiden UMNO konon atas kerja taktikal politik Presiden UMNO, Mael Sabri boleh jadi Perdana Menteri.


Aku masih ingat lagi apa media lapor pada hari MKT UMNO bermesyuarat dan putuskan kesemua Ahli-Ahli Parlimen UMNO-BN akan sokong Mael Sabri sebagai Perdana Menteri yang baharu. BN ada 42 Ahli Parlimen.


Media lapor Annuar Musa sebagai berkata, Mael Sabri sudah mendapat sokongan secara hitam putih berjumlah lebih 69 Ahli Parlimen beberapa parti, (tidak termasuk BN).


Partinya sokongan Ahli Parlimen dari parti-parti lain kepada Mael Sabri bukan atas usaha UMNO atau Presiden UMNO. Ia usaha Mael Sabri sendiri.


Tentu ada yang masih ingat laporan-laporan media mengenai perjumpaan Mael Sabri dengan Ahli-Ahli Parlimen di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur semasa tempoh gawat politik pada Ogos tahun lalu.


Kemarin, tular sebahagian perjanjian bertulis antara Perikatan Nasional yang diwakili oleh Pengerusi Parti Perikatan Nasional dengan Mael Sabri, calon Perdana Menteri. 


Ketulenan perjanjian itu belum boleh disahkan. Setakat ini hanya Muhyiddin Yassin, seorang daripada empat orang yang tandatangani perjanjian kata ada perjanjian.


Perjanjian bukan antara parti dengan parti. Bukan antara Perikatan Nasional dengan UMNO-BN. Ia perjanjian antara Parti Perikatan Nasional dengan Mael Sabri, calon PM pada masa itu.
Sama seperti MOU antara Pakatan Harapan dengan Kerajaan. Ia bukan antara Pakatan Harapan dengan UMNO-BN. UMNO-BN tidak terlibat.


Kepimpinan tertinggi juga pernah kata Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin dulu dan turut disokong oleh UMNO-BN adalah Kerajaan yang dibentuk oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat, bukan satu Kerajaan oleh parti-parti; walaupun Presiden parti-parti yang membentuk Kerajaan tandatangani surat sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.


Kerajaan Persekutuan baharu pimpinan Mael Sabri bukan terbentuk kerana sokongan Ketua parti-parti yang ada dalam Kerajaan masa kini.  
Kerajaan ini terbentuk setelah setiap Ahli-Ahli Parlimen menyatakan sokongan peribadi mereka kepada seorang calon Perdana Menteri melalui SD yang dihantar kepada Yang DiPertuan Agong dan Yang DiPertuan Agong berpuashati dengan sokongan majoriti yang diperolehi oleh Mael Sabri.


Dan ramai juga kata Kerajaan Persekutuan (Keluarga Malaysia) yang diterajui oleh Mael Sabri adalah kesinambungan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin.


MKT UMNO boleh buat apa saja ketetapan, tapi MKT UMNO tidak boleh menentukan perjalanan Kerajaan Persekutuan.


Boleh beri cadangan sajalah sepertimana MKT UMNO sudah pernah buat, antaranya beri syarat-syarat untuk UMNO terus sokong Mael Sabri sebagai Perdana Menteri.


Lain-lain hangpa pikiaq sendirilah.


Wednesday, 18 April 2018

#PRU14 : Ketua Bahagian Kelana Jaya Ditolak Sebagai Calon


Isu calon Pilihanraya Umum sentiasa menjadi bualan dan menjadi tajuk cerita utama selepas pembubaran Parlimen tempohari. Di Parlimen kelana Jaya pun tidak terlepas dari satu isu yang amat perlu diberi perhatian oleh pihak tertinggi BN. Penulis mendapat sumber maklumat mengatakan bahawa gerakan menolak Ketua Bahagian sebagai calon N32 DUN Seri Setia bermula sejak setahun yang lalu kerana Ketua Bahagian tidak peduli masalah rakyat dan gagal menjalankan tanggung jawab dan amanah yang telah diberi pucuk pimpinan UMNO dan BN.

Rentetan berkaitan penolakan calon PRU14 bagi kawasan N32 DUN Seri Setia , dibawah Parlimen Kelana Jaya. Masaalah tersebut telah disampaikan secara bertulis kepada Pengerusi BN, YAB Datuk Sri Mohd Najib Razak.


Jika sudah tidak ada persetujuan dan berlaku penolakan sepenuhnya yang datang dari Akar Umbi, ahli UMNO Kelana Jaya, Ketua-Ketua dan Jentera PDM termasuk Pengarah PDM dikawasan terbabit, Ketua-Ketua Cawangan, NGO serta Jentera Pilihanraya termasuk Pengundi DUN Seri Setia diatas pencalonan Datuk Hj HM Yusuf Bin HM Hanif yang juga Ketua UMNO Bahagian Kelana jaya sebagai Calon BN untuk N32 DUN Seri Setia pada PRU14. Bagaimana boleh diberi ruang sebagai calon untuk bertanding!

Penolakan tersebut atas faktor-faktor tidak mendapat sokongan AJK Bahagian. Sebagai Ketua Bahagian, beliau gagal melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang telah diamanahkan pihak atasan UMNO dalam tugas menggerakkan jentera termasuk menyatupadukan ahli-ahli UMNO termasuk juga gagal mendapat sokongan AJK Bahagian dalam Program Bahagian yang hendak dibuat.

Sudahlah tidak mendapat sokongan daripada Ketua Cawangan, Dalam masa yang sama hampir 80 peratus AJK UMNO Kelana Jaya termasuk sayap parti UMNO Bahagian,Pemuda,Puteri,Wanita termasuk Ketua-Ketua Cawangan tidak dapat memberi kerjasama diatas faktor bersikap ego, angkuh dan tiada kriteria untuk menyatupadukan ahli-ahli UMNO selepas menjawat jawatan sebagai Ketua Bahagian. Yang lebih ketara beliau terlebih mementingkan sebahagian ahli UMNO yang memihak kepada beliau yang rata-rata yang ada berkepentingan untuk menyelamatkan jawatan beliau sahaja.


Sampai NGO juga turut bersependapat menolak dan tidak menyokong kerana beliau kurang mesra serta tidak membantu menyelesaikan masaalah yang dihadapi NGO dikawasan Kelana Jaya. Hanya bijak berjanji manis semasa majlis jemputan selepas itu segala janji-janji manis mahu memberi sumbangan serta bantuan kewangan tenyata hanya janji ke tong sampah sajalah. Beliau juga suka sangat berjanji untuk menyumbang berbentuk wang tunai kepada NGO kawasan DUN Seri Setia tetapi beliau tidak pernah menepati apa yang telah dijanjikan. Sudahlah gagal dan lewat dilaksanakan dan perkara seperti ini secara tidak langsung akan memberi imej yang tidak baik khususnya kepada parti UMNO dan BN. Adakah Datuk Hj HM Yusuf ni sengaja mahu berbuat begitu kah atau memang dia tidak layak langsung diangkat sebagai Ketua Bahagian.

Sumber difahamkan, Beliau telah menerima peruntukan untuk gerak kerja PRU14. Tetapi dimanakah peruntukan itu beliau salorkan kerana satu sen pun setiap Cawangan-Cawangan tidak terima lagi! Bagaimana jentera-jentera mahu bergerak... Begitu juga dengan jentera peringkat PDM. Segala Gerak kerja yang dibuat tidak melambangkan untuk kemenangan BN di Parlimen Kelana Jaya pada PRU14 ni. Arahan pucuk pimpinan UMNO Selangor dibuat seperti acuh tidak acuh saja... sampai bilik Gerakan PDM ada yang diibaratkan seperti "Hidup Segan dan Kurang bergerak". Kerana peruntukan yang entah kemana ghaib, Pengarah bilik Gerakan PDM pula menjadi sasaran ahli-ahli termasuk jugalah jentera BN serta Jentera UMNO Bahagian. Peruntukan yang ada pada Penyelaras BN DUN Seri Setia sepatutnya sudah disalorkan tetapi telah ghaib bagaimana Pengarah bilik Gerakan PDM mahu menggerakkan jentera.... takkan lah sampai mahu keluar duit poket sendiri pula kan..




Penulis difahamkan bahawa, NGO,Pengundi, Ahli UMNO termasuk pejuang parti dan BN telah menyatakan kebimbangan sekiranya Pencalonan Datuk Hj HM Yusuf Bin HM Hanif sebagai ADUN N32 Seri Setia akan membuatkan BN berhadapan jalan sukar untuk memenangi kerusi tersebut seterusnya akan mengalami kekalahan yang lebih teruk lagi. Bermakna akan bertentangan dengan hasrat UMNO dan BN Selangor untuk memenangi kembali Selangor jika salah satu dari kerusi yang diharapkan tidak dapat dimenangi apa gunanya. Diharapkan pihak atasan BN perlu memberi perhatian sebelum terlambat.

Jangan terlajak baru mahu mengundur... UMNO dan BN perlu mendengar suara akar umbi. Penolakan tersebut datang dari sebahagian besar pengundi2 tegar BN termasuk jugalah yang sentiasa bersama UMNO dan BN Kelana Jaya.

#HebatkanNegaraku
#BersamaBN
#RakyatDidahulukan


 






Wednesday, 4 April 2018

Jamal Pengerusi BN Selangor?

Image result for jamal bn sg besar

Bila Pilihanraya Umum semakin hampir tiba bermacam giler pulak yang tiba sama! penulis difahamkan bahawa Ketua Bahagian Sungai Besar DS Jamal Pak Tongkol pun sama giler akibat kemaruk nak menjadi calon Ahli Parlimen Sungai Besar.

Antara kerja giler yang ternyata akan melantaikan BN bila DS Jamal yang mengumumkan skim perumahan percuma untuk penduduk Sg Besar jika memilih BN? Kenapa DS Jamal melangkau segalanya ni!! Adakah beliau sebagai Pengerusi Barisan Nasional Selangor bukannya TS Noh Krustasia? Mana satu yang betul kerana TS Noh Krustasia menafikan Skim Perumahan percuma ini tidak ada kena mengena dengan UMNO mahupun Manifesto Barisan Nasional Selangor......

Adakah DS Jamal Pak Tongkol ni dah ciwi terlebih nak menjadi calon Ahli Parlimen ataupun nak mendajal calon lain yang dilantik nanti dengan janji tak masuk akal seperti janji PAKATAN HAPRAK BULAN DAN BINTANG?!!!

Dibawah ni diselitkan serba sedikit cerita giler tu...



Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

Ybhg. Dato/Tuan/Puan dijemput hadir ke Majlis Pecah Tanah Projek Rumah Percuma Parlimen Sungai Besar DUN Sungai Panjang  yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 5/4/2018 (Khamis)
Masa:  3.00 ptg.
Lokasi : Merbau Berdarah, Parit 16 Sg Panjang (Berhadapan MRSM)

Kehadiran Ybhg. Dato/Tuan/Puan amat dihargai dan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Dari SUB.
Sk. DS KUB

Laporan dipetik dalam Portal Selangor Post...
https://selangorpost.com.my/2018/03/31/rumah-percuma-itu-kena-tanya-jamal-noh/

RUMAH PERCUMA: ITU KENA TANYA JAMAL- NOH
KUALA LUMPUR – Tawaran 100 rumah percuma kepada pengundi Sungai Besar jika Barisan Nasional (BN) mengambil alih Selangor adalah ‘projek’ Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan bukannya kerajaan.
Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata program itu tidak melibatkan Kementerian Kesejateraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
“Itu kena tanya Jamal, beliau ada bincang (dengan saya) tapi tiada kena mengena dengan kerajaan. Saya pun ada tanya beliau boleh buat atau tak, tapi beliau kata boleh buat.
“Jamal, kedai makan percuma beliau mampu bagi, jadi itu kena tanya Jamal macam mana cara nak buat. Mungkin beliau ada cara sendiri, saya tak tahu, itu projek beliau.
“Macam beliau buat restoran makanan percuma,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Insentif Perumahan KPKT, di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Sebelum ini, Jamal menawarkan lebih 100 unit kediaman percuma kepada pengundi dan pasangan muda di Sungai Besar jika parti itu kembali memerintah negeri itu.
Beliau mengulas hasrat Jamal selaku Pengerusi BN Sungai Besar pada bulan lepas mahu memberikan lebih 100 unit rumah percuma kepada pengundi dan pasangan muda di Sungai Besar.
Tawaran itu hanya diberikan kepada anak-anak muda yang baru berkahwin dengan pendapatan di bawah RM2,500 sebulan disediakan secara percuma dan bukannya rumah sewa.
Bagi memulakan insentif itu, BN Sungai Besar telah membeli sebidang tanah seluas 10 ekar dalam Parlimen Sungai Besar dan kerja-kerja pecah tanah bakal dilakukan dalam masa terdekat.

Sumber dibagi tahu bahawa katanya dia dah beli tanah ditempat yang akan dibuat perumahan percuma tu.. nanti pihak mana pula yang akan menanggung pembinaan tersebut? Sendiri yang buat janji yang jadi naya kena tanggung UMNO dan BN pula?

Memang BN Selangor tak nak menang jika dibiarkan Jamal Pak Tongkol buat sesuka hati mcm dia saja yang berkuasa!! Ini akan jadi salah satu dari sebab natijah kekalahan kepada BN..

BN Selangor harus peka bukan buat2 pekak!!!

Tuesday, 23 January 2018

Mahathir Akan Melantik Mukhriz Dan Bukan Wan Azizah Sebagai TPM: Bahagian 1

Image result for mahathir dan mukhriz di agm ppbm

Dengan berlatar belakang 16 tahun lalu sejak 2002 mengapa Mahathir mahu membenarkan Dr Wan Azizah menjadi Timbalan Perdana Menteri? Mahathir bekerja keras selama 16 tahun yang lalu untuk cuba menaikkan Mukhriz dalam Umno supaya beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia menjelang 2020, iaitu dua tahun lagi. Ia merupakan pelan 18 tahun yang bermula pada tahun 2002 dan hari ini Mukhriz sepatutnya menjadi Timbalan Perdana Menteri jika beliau akan menjadi Perdana Menteri menjelang 2020.

Apabila anda menilai seseorang, anda perlu mengambil kira rekod prestasi orang itu dan bukan hanya kelakuan orang itu pada satu-satu masa dalam hidupnya. Dan apa yang orang itu ucapkan tidak sepenting dengan motifnya. Dan motif orang itu akan dizahirkankan dengan apa yang dia lakukan. Dan menurut sumber dalaman Tun Dr Mahathir Mohamad, anda perlu melihat apa yang Mahathir lakukan dan bukan apa yang dia katakan.

Mahathirism pada dasarnya adalah politik penipuan, politik “the end justifying the means”, politik mengorbankan orang lain sebagai umpan dalam “game of thrones”, dan politik menggunakan apa sahaja yang perlu digunakan untuk menang, cara adil atau sebaliknya. Dan pelan permainan Mahathir ini 16 tahun yang lalu adalah untuk menjadikan anaknya, Mukhriz, Perdana Menteri Malaysia.


Selama 16 tahun yang lalu sejak 2002, perancangan Mahathir adalah untuk menjadikan Mukhriz Perdana Menteri menjelang 2020

Ya, sejak tahun 2002 Mahathir hanya mempunyai satu perkara dalam fikirannya, iaitu menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri. Dan apa yang telah dilakukannya selama 16 tahun ini hanya dengan satu perkara. Dan Mahathir menghabiskan 16 bulan berunding dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum menyerahkan kuasa pada 1 November 2003. Abdullah akan memastikan Mukhriz akan memulakan kebangkitannya dalam Umno sebaik sahaja Mahathir menyerahkannya pada 1 November 2003.



Abdullah tidak membantu Mukhriz dan sebaliknya Khairy menang pada 2004 dan ianya menyebabkan Mahathir kecewa

Sebenarnya Abdullah gagal membantu Mukhriz memenangi jawatan Timbalan Pemuda Umno pada tahun 2004 dan sebaliknya Khairy menang. Dan untuk itu Abdullah terpaksa disingkirkan. Kisah ejen Singapura itu hanyalah kisah penyamaran kerana sesungguhnya Mahathir tidak dapat mengakui yang kemarahannya terhadap Abdullah adalah kerana Mukhriz gagal memenangi jawatan timbalan Pemuda Umno dan sebaliknya Khairy menang.

Itulah perkara yang berlaku 14 hingga 16 tahun yang lalu dan bahkan ketika itu ianya adalah mengenai Mukhriz. Dan ia masih lagi mengenai Mukhriz hari ini.

Pada tahun 2009, Najib Tun Razak mengambil alih sebagai Perdana Menteri dan kini tugas Najib untuk melaksanakan apa yang gagal dilakukan oleh Abdullah, kepimpinan Pemuda Umno kepada Mukhriz. Tetapi, sekali lagi, Khairy menang dan Mukhriz kalah. Mukhriz perlu menunggu sehingga 2013 untuk pemilihan parti akan datang sebelum dia boleh membuat tawaran lain.


Apabila Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009 Mahathir menjangka beliau akan membantu Mukhriz memenangi kepimpinan Pemuda Umno pada tahun itu

Tidak lama selepas pilihan raya umum 2013, Mahathir melepaskan serangan amaran kepada Najib. Dia menyalahkan Najib untuk prestasi pilihan raya 2013 dan menuduh Najib membuang masa dengan orang Cina dan tidak memberi tumpuan kepada pengundi Melayu yang memelihara Umno. Pada dasarnya, Mahathir lakukan kepada Najib apa yang dilakukannya kepada Abdullah dan amaran itu adalah jika Najib tidak membantu Mukhriz dalam pemilihan parti pada akhir tahun itu, langkah untuk menggulingkannya akan bermula.

Mukhriz kehilangan peluangnya untuk kerusi presiden Umno dan pada tahun berikutnya Mahathir memulakan langkahnya untuk menyingkirkan Najib.

Najib sepatutnya digulingkan pada 29 Julai 2015. Apabila itu gagal Mahathir cuba lagi pada bulan Oktober dan sekali lagi pada bulan Disember. Kedua-dua percubaan tersebut gagal juga. Pada bulan Februari 2016, Najib melarikan diri dan Mukhriz telah disingkir keluar sebagai Menteri Besar Kedah. Menyedari kerjaya politik Mukhriz di Umno tamat, pada 29 Februari 2016 Mahathir meletak jawatan dari Umno dan menyertai pembangkang.


Mahathir bekerja keras sejak tahun 2002 untuk menjadikan Mukhriz Perdana Menteri menjelang 2020 jadi mengapa dia mahu Wan Azizah sebagai timbalannya.

Dengan berlatar belakang 16 tahun lalu sejak 2002 mengapa Mahathir mahu membenarkan Dr Wan Azizah menjadi Timbalan Perdana Menteri? Mahathir bekerja keras selama 16 tahun yang lalu untuk cuba menaikkan Mukhriz dalam Umno supaya beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia menjelang 2020, iaitu dua tahun lagi. Ia merupakan pelan 18 tahun yang bermula pada tahun 2002 dan hari ini Mukhriz sepatutnya menjadi Timbalan Perdana Menteri jika beliau akan menjadi Perdana Menteri menjelang 2020.

Kisah bahawa Mahathir akan menjadi Perdana Menteri sementara dan Wan Azizah timbalannya sehingga Anwar Ibrahim menerima pengampunan diraja dan boleh mengambil alih adalah karut yang tidak masuk akal. Itu tidak akan berlaku dan semua orang tahu.

Apa yang diharapkan Pakatan Harapan ialah Mahathir boleh memenangi undi Melayu dan membantu memecah Umno dan Barisan Nasional. Setelah itu berlaku, mereka akan uruskan Mahathir nanti. Sebaliknya, Mahathir berharap bahawa apabila Umno dan Barisan Nasional digulingkan, beliau akan dijadikan Perdana Menteri sementara dan apabila itu berlaku, dia boleh menguruskan Pakatan Harapan nanti.

Kedua-duanya menggunakan satu sama lain dengan harapan nanti, apabila mereka memenangi pilihan raya umum, mereka dapat menyelesaikan masalah apa yang perlu dilakukan dengan sekutu politik mereka. Ia seperti dua musuh ketat, Amerika Syarikat dan Taliban yang bersatu mengalahkan Rusia, dan apabila Rusia meninggalkan Afghanistan mereka boleh berhadapan dengan satu sama lain kemudian.



Nepotisme sentiasa menjadi ciri utama politik pembangkang.

Tetapi jika Mahathir menolak perjanjian itu dan Mukhriz bukannya Wan Azizah yang dilantik Timbalan Perdana Menteri adakah Pakatan Harapan menerima perkara itu? Nah, Lim Kit Siang memindahkan anaknya, Guan Eng, dari Melaka ke Pulau Pinang dan pada tahun 2008 melantik beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Pada mulanya terdapat beberapa desas desus, tetapi, pada akhirnya, semua orang diam dan menerima keadaan itu – dan Guan Eng juga berjaya mendapatkan penggal kedua pada tahun 2013 tanpa perbezaan pendapat daripada para pemimpin dan anggota DAP Pulau Pinang.

Anak-anak Karpal Singh dan isteri serta anak perempuan Anwar juga pemimpin dalam parti mereka sendiri. Dan tiada siapa yang kecewa dengannya. Nepotisme adalah budaya Pakatan Harapan supaya tiada siapa yang akan mengadu jika Mahathir menjadikan anaknya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ini selalu menjadi cara hidup pembangkang dan akan berterusan untuk bertahun-tahun lamanya.





Tuesday, 16 January 2018

Kau Dah Gila Babi Ker Boboi!!! Ikut Serta Jadi Balaci DAP Menghina Orang Islam



Mukhriz boboi sekarang seperti sudah tedesak nak berkuasa apabila dengan rela hati menyertai pemimpin kafir lahanat DAP mencerca ibadah umrah PM Najib Razak. Apa agama kau sebenarnya Boboi? Jika kau seorang yang beragama islam tidak mungkin kau sanggup berkata seperti itu.

Sebetulnya memang kau sudah tergolong didalam golongan manusia munafik dan fasiq.
Isu perjuangan anti-rasuah dan melabelkan pemimpin-pemimpin utama kerajaan sebagai pengamal rasuah serta penyalahguna kuasa, bukanlah isu baru. Ia bukanlah isu yang baru timbul pada zaman Najib Abdul Razak. Malahan ia jauh lebih hebat pada zaman Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dengan pelbagai pendedahan terutama sekali membabitkan anak-anaknya termasuklah Mukhriz Mahathir.

Malahan Mukhriz Boboi sendiri meninggalkan terlalu banyak isu di Kedah selepas dia digulingkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah. Banyak yang akan terlondeh bila menjelangnya PRU14 nanti Boboi! kau tunggu sajalah segala tahi2 yang kau sudah buat selama kau dikedah ni.. keturunan penyamun tetap penyamun..

MBI sebagai contoh, 'kehilangan' banyak wang walaupun pada zaman Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah era PAS, meninggalkan sejumlah wang tunai yang cukup besar di dalam syarikat berkenan. Rezab tunai Kerajaan Negeri Kedah juga mengalami penyusutan ketara pada tiga tahun Mukhriz memegang jawatan Menteri Besar Kedah. Selain itu beberapa isu termasuklah pembalakan di Bukit Enggang turut mewarnai pentadbiran Mukhriz sekaligus mutu pentadbiran serta indeks rasuah dan salahguna kuasa pada zamannya turut dipertikaikan.

Sampai ke hari ini, Mukhriz Boboi terus mendiamkan diri berhubung ratusan syarikat yang berada di bawah tangannya. Malah cerita tentang syarikatnya yang memperolehi tender dan pembekalan cara mudah menggunakan kuasa bapanya selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri menerusi tunjuk terus beberapa minggu sebelum bapanya meletakkan jawatan.

Mukhriz menyertai gerombolan pemimpin biadap DAP mencerca ibadah ziarah yang dilakukan oleh Najib Abdul Razak dan keluarganya di Makkah dan Madinah. Pada ketika pemimpin DAP seperti Nga Kor Ming melabelkan ibadah ziarah Najib sekeluarga sebagai 'bercuti ke Makkah menggunakan wang rakyat', Mukhriz muncul dengan ulasan yang lebih canggih.

Dalam laporan Malaysian Insight, Mukhriz Boboi dilaporkan berkata, Najib berpura-pura warak dan melakukan ibadah untuk tujuan politik, sedangkan pada masa yang sama, melakukan rasuah tahap mega. (RUJUK SINI)

Sebagai seorang Islam, Mukhriz Boboi sepatutnya tidak mempertikaikan ibadah sesiapa pun, walaupun musuh politiknya kecuali menunjukkan dia sudah terlalu terdesak untuk menang bersabung.

Soal sama ada ibadah Najib diterima atau tidak, itu bukanlah urusan manusia. Apatah lagi oleh orang-orang seperti Mukhriz Boboi atau mana-mana anak dan keluarga Mahathir yang kaya raya dengan wang, keringat serta susah payah rakyat Malaysia. Ini kerana pada ketika anak-anak Mahathir bermegah dengan perolehan kontrak bernilai ratusan juta daripada kerajaan menerusi campurtangan bapa mereka, rakyat Malaysisa terpaksa berkorban dengan nilai matawang yang jatuh teruk dan rezab negara yang hampir kering pada penghujung 1990-an.

Tidak selayaknya orang seperti Mukhriz Boboi yang diketahui hidup mewah hasil daripada campurtangan bapanya, bercakap soal rasuah. Seharusnya dia selesaikan dahulu isu Opcom yang baru-baru ini dilaporkan dia telah menjual sebahagian sahamnya sekaligus memberikan pulangan yang sangat lumayan kepadanya tanpa menjejaskan pegangannya ke atas syarikat monopoli itu.

Wednesday, 10 January 2018

RCI MEMALI: "TIADA MAAF UNTUK MAHATHIR"


BALING - Lebih 30 tahun tragedi berdarah Memali berlalu, namun keperitan memendam memori pahit menyaksikan suami dibunuh, kekal terpahat dalam sanubari Solehah Husain, 65.

Balu kepada Ibrahim Mahmud atau dikenali sebagai Ibrahim Libya itu tidak pernah berhenti mengharapkan pembelaan atas kematian suaminya dan penduduk kampung, yang menjadi mangsa tragedi kejam dan dituduh sebagai pengganas yang mahu menumbangkan kerajaan.

"Secara jujur, saya tidak akan memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri ketika insiden Memali).

"Saya pasti, perkara sama juga dirasai semua mangsa yang kehilangan keluarga, termasuk yang tercedera.

"Jika bekas Perdana Menteri itu kembali menjadi pemimpin nombor satu negara, ia sesuatu yang sangat menyedihkan kerana Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tragedi Memali pasti akan terkubur dan jika ditubuhkan sekali pun, ia pasti tidak telus.

"Keperitan yang saya dan semua mangsa lalui, sukar digambarkan.

"Jika Mahathir mahu memohon maaf dan datang sendiri ke Memali pun saya tidak akan benarkan beliau masuk ke rumah, apatah lagi bersemuka," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Memali, di sini, hari ini.

Solehah berkata, beliau juga tidak menyangka pakatan pembangkang boleh mencalonkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Katanya, tindakan itu akan menyebabkan sejarah buruk berulang.

"Sejarah Mahathir selaku Perdana Menteri amat teruk dan kini dicalonkan semula untuk menjadi Perdana Menteri.

"Mana mungkin 'pembunuh' boleh jadi Perdana Menteri...saya sangat terkejut dan rasa benci dengan Mahathir selepas apa yang berlaku kepada saya sekeluarga dan orang kampung.

"Sepatutnya rakyat janganlah terpedaya dengan lakonan Mahathir, janganlah sokong beliau. Apa yang sudah dilakukannya tidak dapat ditebus dengan perkataan maaf. Bagi saya, tiada maaf bagi mu," katanya.

Seorang mangsa yang terselamat selepas terkena tujuh das tembakan, Abdullah Che Soh, 71, mengakui setiap kali melihat parut pada tubuhnya, beliau berasa marah dan kecewa.

Mahu RCI Memali disegerakan, beliau adalah antara individu yang paling kuat mempertahankan Ibrahim Libya daripada ditahan kerana berasakan tindakan kerajaan ketika itu keterlaluan.

"Kesan tembakan iaitu empat di tangan, tiga di dada dan satu di pinggang membuatkan saya mahukan pembelaan.

"Bayangkan, saya terpaksa dirawat di Hospital Alor Setar dengan kedua-dua tangan digari pada katil, selain di lokap selama sebulan dan ditahan secara tidak sah selama lima bulan di Penjara Kamunting, Perak.

"Hanya melalui RCI kebenaran boleh terungkai. Jika saya dan mangsa tidak dapat pembelaan di dunia, kami akan tuntut di akhirat," katanya.

Abdullah berkata, RCI perlu dilakukan segera kerana ramai saksi kepada tragedi Memali itu sudah meninggal dunia dan yang hidup, semakin tua.

"Jika lambat, saya risau kebenaran yang dicari akan terjejas, malah Mahathir pastinya akan menggunakan peluang yang ada apabila menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang," katanya.


Sunday, 7 January 2018

Kenapa Mukhriz Tidak Lepas Jawatan Dalam OPCOM Semasa Sertai Kerajaan?

Image result for mukhriz dan opcom

Kenapa Mukhriz masih memegang jawatan dan kepentingan dalam OPCOM Holding semasa menjawat jawatan dalam kerajaan... Adakah beliau takut kehilangan sumber pendapatan ataupun semua ini atas suruhan Mahathir! Untung berganda mana boleh beliau mahu lepaskan begitu sahaja kerana OPCOM Holding ni juga hasil dari tabungan Mahathir selama 22 tahun jadi Perdana Menteri kan.. kan ..kan..

Mukhriz Mahathir sewajarnya melepaskan jawatan serta merta sebagai Pengerusi OPCOM Holdings Bhd (OPCOM) sebaik dilantik sebagai Timbalan Menteri pada 10 April 2008 bagi mengelak konflik kepentingan.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu hanya melepaskan jawatan Pengerusi di syarikat pengeluar kabel gentian optik pada Ogos 2009, selepas lebih setahun dalam kerajaan.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, berkata Mukhriz sepatutnya meletakkan jawatan apatah lagi jika syarikat yang dipengerusikan itu ada hubung kait perniagaan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Beliau berkata, kesilapan mungkin wujud jika berlaku urus niaga antara syarikat yang dipengerusikan itu dengan pihak kerajaan ketika Mukhriz memegang jawatan Timbalan Menteri.

"Kesilapan lebih teruk jika beliau tidak mengisytiharkan kepentingan dalam kontrak berkenaan, perlu diteliti sama ada wujud atau tidak urus niaga membabitkan kepentingan antara syarikat berkenaan dengan Mukhriz ketika memegang jawatan Timbalan Menteri," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mukhriz dilapor membuat dua transaksi jualan saham OPCOM masing-masing sebanyak 43,600 dan 605,000 unit pada 2 dan 3 Januari lalu.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, OPCOM memaklumkan bahawa selepas penjualan berkenaan, Mukhriz masih pemegang saham terbesar dengan memiliki 40.61 juta saham atau 25.18 peratus.

Mukhriz adalah pengasas syarikat yang ditubuhkan pada November 1994 dan pernah menjadi Pengerusi hingga 5 Ogos 2009.

Mukhriz dilantik Menteri Besar Kedah dari 6 Mei 2013 hingga 3 Februari 2016. Sebelum itu, beliau adalah Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dari 2008 hingga 2013.

Mengulas lanjut Abdul Aziz berkata, mengikut amalan kerajaan Barisan Nasional (BN), mana-mana individu yang memegang jawatan perlu mengisytiharkan aset dan melapor urus niaga aset berkenaan kepada pucuk pimpinan.

Beliau berkata, pihak berkenaan juga tidak boleh menjalankan `kerja-kerja' perniagaan ketika berada dalam kerajaan termasuk Kabinet.

"Jika saham dijual beli ketika memegang jawatan, ia ibarat menjalankan perniagaan tetapi jika aset dijual bagi melupuskan aset berkenaan, individu terbabit hanya perlu mengisytiharkan perubahan pegangan itu kepada kerajaan.

"Jika sudah tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan, penjualan saham yang dipegang sebagai bentuk pelaburan dengan tidak berlaku urusan jual beli ketika memegang jawatan hanyalah satu bentuk perniagaan yang dibenarkan," katanya.

Thursday, 4 January 2018

Ezam Mahu Mahathir Beri Luluan Kepada Azmin Jadi PM

Image result for mahathir dan azmin dan ezam

Perebutan jawatan Perdana Menteri di kalangan parti pembangkang dijangka berlanjutan sehingga PRU14 jika ia tidak dimuktamadkan dengan segera.

Kini  nama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula disebut-sebut pula sebagai tokoh muda yang paling layak berbanding pemimpin veteran Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini berusia 93 tahun..

Sehubungan itu bekas senator, Datuk Seri Mohamad Ezam Mohd Nor tidak bersetuju dengan langkah gabungan pembangkang, Pakatan Harapan (PH) untuk menamakan Dr Mahathir  sebagai calon Perdana Menteri.

Image result for mahathir dan azmin dan ezam

Ezam berkata, pembangkang perlu berani melakukan perubahan dan mereka sepatutnya menamakan Azmin sebagai calon Perdana Menteri dan bukannya Dr Mahathir yang dilihat sudah terlalu lama dalam kancah politik negara.

Azmin ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat lebih layak berbanding Dr. Mahatthir yang kini sudah berusia 93 tahun.

“Harapan (PH) juga semestinya lebih berani menamakan Azmin sebagai perdana menteri, Mukhriz (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) sebagai timbalan perdana menteri bersama Nurul Izzah Anwar dan beberapa tokoh-tokoh muda lain membina pasukan mantap di Putrajaya.

“Berubah bukan asal berubah. Ia harus mempunyai asas kukuh. Meletakkan Azmin sebagai perdana menteri ada asasnya. Beliau berjaya mentadbir Selangor dengan cemerlang hanya dalam tempoh tiga tahun diberi amanah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Image result for mahathir dan azmin dan ezam

Bekas pemimpin PKR itu juga membidas pembangkang kerana dilihat bergantung kepada pemimpin lama untuk melawan pemerintah kerajaan, walhal tugas itu sepatutnya digalas oleh pemimpin muda dan baharu.

“Tokoh-tokoh besar seperti Dr Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyidin Yassin, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Lim Kit Siang wajar memberi laluan kepada tokoh-tokoh muda. 

“Dalam sejarah silam terlalu banyak kisah dan teladan panglima-panglima muda diberi kesempatan seperti ini oleh tokoh-tokoh besar sebelum mereka,” ujarnya.

PH dijangka mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri sementara sebelum memberi laluan kepada Anwar selepas dibebaskan daripada penjara.

Image result for mahathir dan azmin dan ezam

Sebelum ini penasihat DAP, Lim Kit Siang juga dikatakan berminat untuk menduduki jawatan itu seperti mana yang didedahkan oleh bekas pemimpin DAP di Pulau Pinang. 

Kit Sang bagaimanapun menyatakan beliau  tidak terfikir untuk menyandang jawatan itu jika pun DAP menang besar dan pakatan pembangkang dapat membentuk kerajaan baharu selepas PRU14.