*TIADA TOL DI PULAU PINANG MULAI 1 JANUARI 2018*
1. Sebagai menyahut cadangan Bajet Alternatif 2018 yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan (PH), Kerajaan PH di Pulau Pinang akan menghapuskan tol di Pulau Pinang mulai 1 Januari 2018. Selepas tarikh tersebut, rakyat Pulau Pinang dan rakyat negeri lain yang menggunakan lebuhraya di negeri ini tidak perlu lagi membayar tol.
2. Keputusan untuk memghapuskan tol di negeri ini akan melibatkan tol di kedua-dua jambatan yang menghubungkan tanah Semenanjung dan Pulau Pinang serta tol di Lebuhraya Butterworth-Kulim. Manakala tol di Lebuhraya PLUS seperti tol Juru dan tol Sungai dua tidak dapat dihapuskan kerana melibatkan sambungan perjalanan dari atau ke negeri lain, melainkan jika PH selepas ini berjaya menawan Putrajaya.
3. Sepertimana yang disarankan oleh Bajet Alternatif 2018 PH, Kerajaan Negeri akan mengarahkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) milik kerajaan negeri untuk mengambil alih kepentingan syarikat-syarikat konsesi tol tersebut. Kerajaan Negeri menyedari sejumlah besar dana perlu dikeluarkan untuk proses pengambil alihan ini. Bagaimanapun demi kepentingan rakyat PH akan tetap menunaikan saranan tersebut.
4. Kerajaan Negeri akan mengumumkan dalam tempoh masa terdekat, setelah mengenalpasti GLCs yang sesuai dengan jumlah dana yang terlibat. Selepas itu, GLCs berkenaan akan membuat tawaran kepada syarikat-syarikat konsesi tol untuk mengambil alih kepentingan syarikat-syarikat tersebut.
5. Langkah berani Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini diharapkan akan membuka mata rakyat, bahawa cadangan-cadangan dalam Belanjawan Alternatif itu bukanlah sembang kosong. Ia boleh dilaksanakan sekiranya pemimpin sesebuah kerajaan ada hasrat politik (political will) yang tinggi, berkhidmat untuk kepentingan rakyat.
6. Kerajaan Negeri juga menetapkan Mulai 1 November 2017 semua cukai pintu cukai perniagaan serta cukai tanah juga akan dihapuskan. Demi rakyat Pulau Pinang yang telah memberi kepercayaan untuk Pakatan Harapan memerintah selama 2 penggal.
7. Kerajaan Negeri juga telah meluluskan peruntukan untuk memberi Bekalan air secara percuma sehingga 40m3 kepada rakyat Pulau Pinang berkuatkuasa 1 November 2017.
8. Kerajaan Negeri telah meluluskan Peruntukan Dana sebanyak 15 Billion untuk Bantuan rakyat termiskin RM5k sebulan dan Pihak Kerajaan Negeri juga mahu membasmi segala kemiskinan dan mengkayakan rakyat Pulau Pinang.
YAB LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang
No comments:
Post a Comment