Thursday, 19 October 2017

Masa Telah Mendedahkan Otak Penipu Mahathir (Time Exposes Mahathir’s Farudulent Mind)

Image result for mahathir sudah gila

Demi masa, segala agenda kejijikan terselindung Mahathir yang begitu lama disorokkannya dan membabitkan segala pembohongan, penipuan, songlapan, tipu muslihat dan kerja-kerja keji dan yang sungguh hina, sudah mula terbogel dan didedahkan.

Antaranya ialah rencana tipu helah mengaibkan Anwar dengan menggunakan Pejabat Peguam Negara dan institusi kehakiman. Hari demi hari, semakin ramai manusia yang mula mempercayai kata-kata Tunku yang satu ketika dulu pernah memberi amaran mengenai Mahathir.

Tunku pernah berkata bahawa Mahathir mengidap penyakit yang amat berbahaya, di mana dia akan melanggar apa juga hukum undang-undang untuk menyelamatkan dirinya untuk mendapatkan apa sahaja yang dia idamkan, tanpa memikirkan kesan buruknya dan menghormati segala ciri tatasusila kehidupan.

Pada hari ini segala ramalan kejijikan itu sudahpun terdedah dan Mahathir telah membuktikan kebenaran ramalan Tunku.

Mahathir yang sudah gila 

Tidak ada manusia yang waras termampu merencana satu dakwaan dan tuduhan terhadap seorang insan yang tidak berdosa. Oleh kerana otaknya sudah sewel, Mahathir mampu melakukannya. 

Otaknya sudah begitu sewel dia mampu membayangkan satu keadaan buruk yang melambangkan rasukan syaitan. Inilah yang membuatkan beliau mampu mencerna kerja-kerja yang mengaibkan seperti perbuatan songsang sehingga mampu mempengaruhi Ketua Hakim Negara dan para hakim, untuk mengenakan mereka tuduhan terhadap Anwar sedangkan semua tuduhan itu entah benar ker palsu belaka.

Demikianlah keadaan otak Mahathir yang sudah biul sehinggakan dia mampu melakukan rasuah secara bersahaja. Inilah dia musibat yang menjahanamkan negara ini, rakyat dan budayanya tanpa dapat dibayangkan bencananya dengan kata-kata. Inilah dia manusia berhati syaitan yang sungguh kejam, dahsyat dan paling menakutkan. Dia merupakan barua yang paling berbahaya kepada negara, dan bahaya cetusannya itu hanya dapat disisihkan dengan penyingkirannya.

Mahathir - pencetus segala kerja bajingan


Tdak pernah tercatat dalam sejarah Malaysia di mana wujud seorang pemimpin negara yang melakukan kerja-kerja kesyaitanan yang paling kejam dengan cara menyalah gunakan kuasanya. 

Mahathir telah melakukan segala-galanya yang terbayangkan oleh insani, segala dosa yang tercetus hasil minda yang dirasuk syaitan untuk melakukan segala kekejaman terhadap sesama manusia. Dia berjaya merencana kewujudan saksi palsu, untuk meliwat badan kehakiman negara dan mencetuskan penderaan yang zalim, dan mencetuskan suasana pembohongan semata-mata untuk memuaskan rencangan keiblisannya.

Dia merupakan manusia berhati syaitan, yang menyerupai segala kelakuan dahsyat syaitan, dan memusuhi kebenaran dan ketelusan. Dia sentiasa memikirkan cara kesyaitanan untuk memusnahkan mereka yang dianggap sebagai seterunya.

Mahathir mesti diketepikan untuk selama-lamanya


Kalau ada satu perkara penting yang mesti dilakukan oleh rakyat Malaysia ialah menjatuhkan Mahathir. Hanya cara inilah sahaja yang dapat menyelamatkan negara ini daripada segala penipuan, kezaliman dan penderaan terhadap rakyat yang direncana oleh regim pemerintahannya. 

Musibat ini adalah punca segala masalah, dialah tukang kacau negara, yang memusnahkan segala nilai hidup yang tinggi budayanya. Eloklah kita tidak berlengah-lengah menghumban si musibat ini, kerana kalau dia dibiarkan terus mencengkam kuasa, dia akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang sungguh korup, dan menjadi sebuah negara pariah di mana wang dan undang-undang korupsi menjadi cara hidup manusia di sini.

No comments:

Post a Comment