Monday 30 October 2017

Lupakah PAS Dengan Tindakan Kurang Bijak Mereka.


Asalkan Rakyat Tidak Susah. Yang Penting Bermuafakat bersama menyelesaikan masaalah. Itu cara BN sejak sekian lama tetap membantu rakyat. Adakah PAS Kedah mahu menafikan.. PAS Kedah masa perintah Kedah apa mereka buat.. sembang kemas padahal hampas lagi banyak dari kerja yang mereka bangga...

Semasa pemerintahan PAS di Kedah mereka telah melakukan dua tindakan yang menyusahkan rakyat berhubung bekalan air kepada penduduk negeri ini.

"Apakah PAS Kedah sudah lupa dengan tindakan kurang bijak semasa pemerintahan mereka pada tahun 2008 - 2013" Kenapa PAS Kedah mahu menjadi jaguh pula bila Pejabat Pos diberi kepercayaan kembali untuk menerima pembayaran bil SADA bagi melancarkan sistem pembayaran dikawasan luar bandar...

PAS Kedah mesti ingat lagi dua tidakan yang ternyata kurang bijak kemungkinan sekali mereka yang dilantik di SADA masa tu tiada pengakaman dan hanya bertindak mengikut keperluan para kroni mereka sahaja.. Pertama menaikkan caj bayaran air sehingga melebihi 100 peratus dan yang keduanya menamatkan bayaran bil air di Pejabat Pos dan menerusi sistem perbankan internet.

Kerajaan PAS tidak mahu menampung caj perkhidmatan yang dikenakan Pos Malaysia dan Bank sekiranya menggunakan perkhidmatan tersebut. PAS Kedah berasa rugi untuk kepentingan rakyat dan berasa cukup untung pula dapat mengkayakan para kroni mereka didalam SADA waktu pemerintahan mereka.

Maka beraturlah orang ramai di Kaunter SADA bagi membayar bil air sehinggakan menyusahkan orang kampung yang terdiri dari golongan orang tua dan kurang upaya terpaksa pergi ke Pejabat SADA yang ternyata jauh dari mereka. Adakah PAS Kedah masa yang sentiasa mencanang bahawa mereka Parti untuk membela rakyat tapi perkara kecil macam tu pun mereka tidak boleh selesaikan.. ternyata sekali PAS ni hanya pandai berceramah sambil membawa tabung tong milo...

Pedulikan kesusahan orang kampung yang hendak membayar bil air RM10 sahaja tetapi terpaksa bawa motor berpuluh kilometer bagi mencari pejabat SADA. Janji PAS dan para kroni masa tu hidup mewah. PAS tetap PAS... Ugama jadi bahan PAS untuk Bersandirwara.

Hasilnya banyak bil SADA tertunggak kerana susah nak bayar bil. PAS Kedah hanya menuding jari menyalahkan penduduk dalam masa yang sama PAS Kedah langsung tidak melakukan sesuatu untuk membantu dan cuba menambah baik sistem pembayaran yang pelbagai.

Pada Kerajaan PAS Kedah masa tu biarkan orang ramai susah. Asalkan PAS dan Kroni senang lenang... kaup selagi boleh.

Namun atas kepihatinan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bil air sudah boleh dibayar menerusi perbankan internet sejak tahun lepas.

Dan sekarang pembayaran di Pejabat Pos sudah dibolehkan berkuatkuasa pada 19 Oktober 2017.

Syabas kepada Pentadbiran MB Ahamd Bashah dan pihak SADA diatas tindakan yang tepat.

Yang penting rakyat tidak perlu susah walaupun SADA perlu menanggung caj perkhidmatan bagi setiap bil yang dibayar di Pejabat Pos.

Ahmad Bashah memahami denyut nadi rakyat dan memahami kesusahan rakyat dan hasilnya bermuafakat dengan SADA bagi memudahkan seluruh rakyat.

Terima Kasih kepada Kerajaan BN kerana sentiasa mendahulukan Rakyat. Sekian.

Pena Anak Kedah Marhaen
Tanjung Piring, Nami.

No comments:

Post a Comment