Sunday, 31 December 2017

Gian Mahathir Kutty Mahu Jadi MP Semakin Galak


Semalam Mahathir Kutty sudah ketuk tabla menandakan beliau dah tak sabar mahu jadi Ahli Parlimen semula.. Dengan perasaan syiok, beliau merasakan berpeluang la kot, sila-silakan lah Mahathir Kutty. Kami memang tak sabar juga nak tengok kamu dan parti bunga ppbm masuk tong sampah selamanya... 

Selepas diumumkan sebagai calon perdana menteri sementara, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad terus menimbang hasrat untuk bertanding dalam PRU ke-14. “Mereka beritahu saya, saya mempunyai peluang cerah untuk menang di Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya.

“Saya sedia bertanding. Saya sedia bertanding disalah satu daripada tiga kerusi itu,” katanya sebaik sahaja selesai Perhimpunan Agung Tahunan PPBM di Shah Alam, pada Sabtu.

Ditanya sama ada jawapan itu mengesahkan beliau akan bertanding, Dr Mahathir hanya memberi reaksi: “nampaknya macam tulah”.

Kesediaan bekas presiden UMNO itu seolah-olah menepati desas-desus bahawa beliau terpilih sebagai Perdana Menteri sementara jika Pakatan Harapan (PH) menawan Putrajaya.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut berkenaan syarat dikenakan PKR iaitu perlu membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika menjadi ketua negara selepas PRU-14.

Image result for ppbm vs pas

Sementara itu, Dr Mahathir mengumumkan bahawa PPBM tidak akan melakukan perbincangan dan rundingan dengan PAS mengenai kerusi pada PRU ke-14 ini.

Malah katanya, PPBM dan PH sudah bersedia menghadapi pertembungan tiga penjuru dalam pilihanraya umum.

“Siapa peduli dengan PAS,” kata Mahathir Kutty dengan perasaan angkuh... 

Parti Setahun Jagung Dah Tunjuk Sikap Tamak Haloba!!!


Hari ini semasa AGM parti bunga tongkoi, Mukhriz Boboi Kutty dengan nada angkuh dan menunjukkan sifat tamak parti bunga PPBM Biawak Bagong semakin terserlah, menuntut secara terbuka pada rakan gabungan Pakatan Harapan (PH) memberikan parti itu bertanding seberapa sebanyak kerusi pada PRU-14.

Permintaan itu dibuat oleh Timbalan Presidennya, Mukhriz Boboi Kutty yang mendakwa partinya berjaya mengambil alih peranan daripada UMNO sebagai membela dan memperjuangkan nasib orang Melayu di negara ini.

“Kita harap rakan-rakan PH berlapang dada untuk memberi peluang kepada PPBM Biawak Bagong bertanding sebanyak mungkin kerusi pada pilihanraya ini.

“Kita yakin orang Melayu mula meninggalkan UMNO dan memilih PPBM Biawak Bagong sebagai parti keramat,” katanya dalam ucapan pergulungan di Perhimpunan Agung Tahunan yang pertama kali diadakan parti itu di Shah Alam, Sabtu.

Dalam ucapannya, Mukhriz Boboi Kutty turut mengumumkan secara rasmi bahawa PPBM memutuskan hubungan dan kerjasama dengan PAS.

“Pemimpin PAS nampak ketika ini mesra UMNO.

“Kepimpinan parti itu tidak berprinsip dan berpendirian. Mereka nak jadi kuasa penentu kepada parti yang menang pada pilihanraya nanti.

“Maka dengan itu PPBM memutuskan hubungan dengan PAS dan tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan mereka,” kata Mukhriz Boboi Kutty anak kepada Madey Kutty Gila Meroyan.


Mahathir Kutty Gila Meroyan Gelar Mufti Kafir Sebab Tak Tegur Hadi



Hari ini Mahathir Kutty Gila Meroyan mendakwa amanat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah punca berlakunya tragedi berdarah Memali. Pada masa sama, bekas perdana menteri itu menempelak sikap mufti yang membisu ketika ‘Amanat Hadi’ dikeluarkan semasa peristiwa itu berlaku.

"Mufti kafir sebab mufti tidak tegur PAS ketika Amanat Hadi dikeluarkan. Mufti pun bukan orang PAS, jadi mufti pun kafir.

"Saya harap mufti juga kena bertanggungjawab terhadap peristiwa Memali kerana tidak berani bercakap tentang Amanat Hadi,” tegasnya.

Bagaimanapun Mahathir Kutty tidak menamakan mufti berkenaan. ( Takut kena saman ker?)

Mengimbas kembali tragedi yang berlaku pada November 1985 itu, Pengerusi Pakatan Harapan itu menyifatkan ‘Amanat Hadi’ berjaya meracuni penyokongnya menjadi taksub dengan dakyah orang Islam lain sebagai kafir sehingga menyebabkan empat orang anggota Polis terbunuh.

Beliau berkata demikian pada ucapan pergulungan di Perhimpunan Agung Tahunan PPBM di Shah Alam, Sabtu.

Justeru, Mahathir Kutty Gila mendakwa Hadi adalah orang yang perlu bertanggungjawab sehingga berlakunya tragedi berdarah tersebut yang didakwa memperalatkan Islam untuk kepentingan peribadi dan PAS.

Sebelum ini, PAS meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja (RCI) bagi menyiasat tragedi berdarah Memali, pada 19 November 1985 yang mengorbankan 18 orang, termasuk empat anggota polis, berpuluh cedera dan penahanan beratus ahli parti itu.

Sesi pergulungan itu juga dilihat telah dipergunakan Mahathir Kutty Gila Meroyan untuk melepaskan geram terhadap PAS susulan tindakan parti itu yang mengambil pendekatan mesra UMNO dan memutuskan tidak menyertai PH pada PRU ke-14 nanti.

Friday, 29 December 2017

Hebat!!!!! Mesyuarat Parti Bunga Ala-Ala Kongres Komunis

Image result for ppbm sampah

Kewujudan Parti Bunga PPBM semua serba maklum hanya untuk membela sanak saudara Mahathir sahaja.. sejak awal tertubuh pun dah berlaku segala kacau bilau.. sehingga berapa pengasas awal parti bunga ppbm sudah meninggalkan parti sampah ppbm..

Akhirnya parti Bunga yang Mahathir tubuh untuk mencabar kewujudan UMNO ini akan mengadakan mesyuarat tahunannya di Shah Alam esok. Terlambat 4 bulan dari Tarikh ia sepatutnya diadakan tapi bak kata orang lebih baik ada dari tidak.

Pun begitu, mesyuarat ini mencetuskan banyak persoalan, antaranya mudah betul mereka mahu anjurkan mesyuarat agung tahunan (AGM) parti dengan tidak ada mesyuarat di peringkat bahagian dan cawangan-cawangan pun tidak wujud.

Maaf cakaplah, ini lebih teruk dari Parti Komunis.

AGM yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) itu dengar katanya akan dihadiri Pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi serta 990 perwakilan daripada 137 bahagian sahaja.

Parti Bunga terpaksa adakan juga AGM ini kerana mereka berdepan risiko dibubarkan oleh RoS. Ini kerana parti kecil itu didapati melanggar tiga perlembagaan partinya sendiri.

Pertama, gagal mengadakan AGM, kedua menangguhkan AGM tanpa peruntukan parti dan ketiga menggunakan istilah Armada untuk sayap pemuda parti yang mana ia bertentangan dengan perlembagaan partinya sendiri.

Walaupun arahan RoS kepada Parti Bunga adalah wajib mengadakan AGM, namun kena dilihat juga cara mereka anjurkan itu. Memadaikah sekadar mengumpulkan kepimpinan dari 137 bahagian tanpa peringkat cawangan/akar umbi?

Ini tak ubah seperti parti komunis. Ikut suka hati pemerintah parti itu nak aturkan AGM mengikut kehendak sendiri. Tak mustahil jika tiada arahan dari RoS, Parti Bunga tidak akan anjurkan AGM. Mereka akan gerakkan parti itu seperti gerila di dalam hutan, guna undang-undang rimba!

Bayangkan, macam mana mesyuarat tahunan diadakan bila mesyuarat cawangan dan bahagian pun tidak ada? Jangan kata mesyuarat cawangan, cawangan pun tidak ada walaupun satu. Hanya ada bahagian sahaja, itu pun jumlahnya masih jauh kalau nak dibandingkan dengan UMNO.

137 bahagian seluruh Malaysia ini sebetulnya masih tidak mampu menyainggi Umno yang gagah dengan 191 bahagian dan lebih 22 ribu buah cawangan. Sepatutnya 222 (mengikut jumlah kerusi parlimen) tapi kerana UMNO tidak wujud di Sarawak, tinggal 191 bahagian sajalah.

Jelasnya, ini bukanlah struktur suara akar umbi kepada pucuk pimpinan sebuah parti seperti mana kehendak demokrasi yang diamalkan di negara kita, tetapi ini lebih kepada organisasi diktator.

Bagaimanapun kita tidak terkejut. Pengasas Parti Bunga itu sendiri pun adalah seorang ahli politik tua yang bersifat super ego dan diktator. Ada Presiden pun macam tidak berfungsi, semuanya ikut apa kata Pengerusi, konsep demokrasi apakah ini? Nak dibandingkan dengan Presiden Umno dan kepimpinan sedia ada, jauh sekalilah.

Padahal ketika mula ditubuhkan dulu, pemimpin Parti Bunga mencanang cerita kononnya parti serpihan UMNO itu adalah cerminan demokrasi yang sebenar. Malah mendakwa dengan mudah boleh kebumikan Umno dalam PRU14 ini. Namun dsiukur dari jumlah cawangan dan bahagian pun tak mampu kalahkan Umno.

Dalam masa yang sama, RoS wajib siasat pelaksanaan AGM Parti Bunga. Jangan dibenarkan ada pihak menguruskan parti politik macam menguruskan sarkas. Negara kita ada undang-undang dan standard tersendiri dalam menubuhkan parti berasaskan prinsip demokrasi.

Mana boleh ikut hati Mahathir saja nak buat macam mana. Selepas itu semua Lembu- lembu parti bunga meroyan sepertipolong tak bertuan...

Monday, 25 December 2017

Cabaran Sukar Mahathir, PPBM Menjelang PRU-14

Image result for kesukaran mahathir hadapi pru14

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kelihatan berdepan cabaran sukar untuk menjadi relevan kepada rakyat terutama pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), berikutan pergolakan dan krisis yang dialami parti itu sepanjang tahun ini.

Apa tidaknya, dalam tempoh setahun lebih penubuhannya PPBM sudah pun dilanda konflik hilang kepercayaan oleh anggota terhadap kepimpinan tertinggi dan hala tuju parti, sekali gus menyaksikan ramai antara mereka bertindak keluar parti.

Antara yang meninggalkan parti itu termasuklah mereka yang menjadi pengasas penubuhan PPBM iaitu bekas naib presidennya Datuk Hamidah Osman; bekas Setiausaha Kerja, Kamarul Azman Habibur Rahman dan bekas Ketua Srikandi, Anina Saadudin.

Kamarul Azman keluar PPBM pada April lalu selepas mendakwa ia tiada hala tuju yang jelas dalam membela rakyat, sementara Hamidah dan Anina meninggalkan parti itu pada September kerana dikatakan kecewa dengan kepimpinan parti.

Beberapa lagi individu yang memegang jawatan penting pada peringkat pusat atau negeri turut mengumumkan keluar parti itu termasuk bekas Penolong Setiausaha Srikandi, Hasnita Hishamudin pada September lalu dan lima pemimpin Srikandi termasuk seorang EXCO Srikandi Malaysia daripada tiga bahagian di Kedah pada awal bulan ini.

Selain itu, tindakan keluar parti beramai-ramai oleh anggota PPBM turut dilaporkan sepanjang tahun ini atas pelbagai alasan yang menjurus kepada isu hilang keyakinan terhadap kepimpinan tertinggi, antaranya membabitkan kira-kira 500 anggota Bahagian Rembau, Negeri Sembilan; lebih 1,000 anggota di Perak dan 200 anggota di Melaka.

Selain isu anggota keluar parti, PPBM juga seperti berada di awang-awangan apabila berdepan kemungkinan dibatalkan pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia jika gagal mengadakan perhimpunan agung tahunan dalam tempoh ditetapkan, sekali gus berdepan risiko tidak layak bertanding dalam PRU14.

Mungkin itulah realiti yang terpaksa dihadapi Mahathir yang sebenarnya boleh dijangka kerana penubuhan PPBM dibuat tanpa asas yang kukuh dan berlandaskan dendam serta niat semata-mata hendak menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Selain kemelut yang dilanda partinya, Dr Mahathir juga seperti mempamerkan diri sebagai seorang yang tidak relevan apabila dilihat tidak konsisten dan gemar mengubah pendiriannya mengenai sesuatu perkara sehinggakan digelar 'juara u-turn' dan 'u-turn Mahathir' oleh Najib.

"Saya yang memulakan pelabelan DAP sebagai parti cauvinis Cina. Tetapi apabila saya mendekati mereka, saya mendapati mereka bukan parti hanya untuk Cina seperti MCA," kata Mahathir seperti dilaporkan oleh sebuah portal berita.

Bekas perdana menteri dan presiden UMNO dari 1981 hingga 2003 itu ketika eranya lantang mengkritik DAP sebagai sebuah parti yang cauvanis dan pernah melabelkan penasihat parti itu, Lim Kit Siang, sebagai seorang yang rasis dan pelampau perkauman.

Mahathir juga pernah mengkritik Bantuan Rakyat 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan BN, namun kemudiannya membayangkan hasrat untuk meneruskan bantuan itu sekiranya pembangkang menang pada PRU akan datang.

Pengerusi PPBM itu turut mencetuskan kontroversi lain apabila dikatakan mengeluarkan kata-kata yang menghina masyarakat Bugis ketika berucap pada satu perhimpunan Oktober lalu sehingga mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk Sultan Selangor Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan rasa murka dan amat kecewa baginda.

Pada 13 Julai lalu, Pakatan Harapan yang menggabungkan empat parti pembangkang DAP, PPBM, PKR dan Amanah mengumumkan struktur kepimpinan baharunya dengan Dr Mahathir dilantik sebagai pengerusi, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum.

Keputusan mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang itu kelihatannya seperti ada keseragaman dan kesepakatan dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan, namun isu pokok iaitu calon perdana menteri masih terus menjadi persoalan.

Walaupun Kongres Nasional Tahunan PKR pada Mei lalu sepakat untuk menjadikan Anwar sebagai calon perdana menteri, pemimpin itu kini sedang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan meliwat dan tidak mungkin berpeluang untuk bertanding pada PRU akan datang.

Awal bulan ini, timbul pula cadangan untuk melantik Mahathir ke jawatan itu dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail sebagai timbalannya yang kononnya hanya menunggu restu daripada Anwar.

Isu calon perdana menteri Pakatan Harapan turut mendapat reaksi daripada Najib semasa menyampaikan ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 pada 9 Disember lalu, menyifatkan cadangan untuk melantik semula Dr Mahathir sebagai perdana menteri adalah tidak logik.

"Ada dengar juga ada orang umur 93 tahun berminat nak menjadi Perdana Menteri semula. Yang senja meniti malam, (bekas Presiden) Zimbabwe (Robert Mugabe) pun sudah tidak ada. Sebelah sana (pembangkang) sudah tidak menentu," kata Najib.

Terbaharu, dalam satu sidang media pada 12 Disember lalu, Dr Mahathir berkata Pakatan Harapan belum membuat sebarang keputusan berhubung calon perdana menteri dan menyatakan kesediaannya untuk dicalonkan jika gabungan pembangkang tidak mempunyai calon lain.

Monday, 18 December 2017

6 Soalan Untuk 'Macai' Tun Mahathir...


Penyokong-penyokong Mahathir masih cuba mempertahankan bos mereka untuk perjudian dan kerugian AS$31 bilion (atau RM100 bilion sekarang) dan cuba membandingkan dengan operasi normal BNM untuk menguruskan mata wang kita dengan menjual USD untuk RM dalam tempoh 2013 hingga 2016.

Mereka mendakwa ia adalah perkara yang sama. Jika ia benar-benarlah perkara yang sama, maka mereka harus menjawab soalan-soalan ini.

1) Semasa BNM kerugian RM31.5 bilion, Mahathir dan Daim terpaksa mendapatkan BNM untuk menjual saham MAS, Telekom dan Tenaga untuk menanggung kerugian itu walaupun hanya sebahagian sahaja. Sekarang, jika menurut dakwaan Mahathir BNM telah kehilangan RM160 bilion, apakah yang BNM jual untuk menampung ini?

2) Pada masa itu, ketika BNM adalah penjudi utama FOREX di dunia, banyak laporan berita di luar negeri memberi amaran kepada mereka. Adakah terdapat sebarang amaran sedemikian pada tahun 2013 hingga 2016?

3) Laporan Tahunan BNM antara tahun 2013 hingga 2016 melaporkan keuntungan. Tidak ada item yang tidak boleh dipercayai seperti "Perbelanjaan tertangguh" untuk menyembunyikan kerugian seperti pada 1994 hingga 2004. Kenapakah ini?

4) Rizab tukaran wang asing China mencecah AS$800 bilion (RM3.2 Trilion) dalam tempoh yang sama. Adakah ini bermakna bahawa bank pusat mereka KERUGIAN jumlah yang banyak itu disebabkan oleh songlap?

5) Jika bank pusat kita telah kehilangan RM160 bilion, tidakkah agensi asing seperti Bank Dunia dan IMF atau agensi kredit memberi amaran atau menekankan perkara ini?

6) Katakanlah anda mempunyai AS$100 dan anda menjual AS$100 di kaunter pertukaran wang dan minta dibayar dalam Ringgit. Adakah AS$100 anda tiba-tiba hilang dan anda tidak mendapat sebarang RM sebagai balasan atau adakah anda mendapat RM400 sebagai balasan?

Bandingkan ini dengan membeli tiket loteri sebanyak AS$100 (seperti jualan singkat semasa skandal BNM Mahathir). Sekiranya perjudian anda tidak berjaya, adakah anda mendapat kembali RM400 atau tidak mendapat apa-apa?

Oleh itu, sekiranya penyokong Mahathir masih menegaskan ianya sama, sila minta mereka menjawab soalan-soalan di atas.

Sunday, 17 December 2017

Langkawi Bukan Pilihan Mahathir Sebenarnya

Image result for Mahathir dan pru14 di langkawi



Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan melupakan hasrat untuk bertanding di Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sebagaimana yang dijangka beberapa pihak sebelum ini.

Menurut desas-desus yang bertebaran di pulau lagenda itu, meskipun Mahathir dikatakan mempunyai pengaruh besar di Langkawi, namun jentera Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di sana dikatakan sedang menghadapi masalah.

Difahamkan bahawa terdapat beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) PPBM di Bahagian Langkawi yang tidak berpuas hati dengan persediaan parti itu menghadapi PRU khususnya berhubung penyusunan jentera pilihan raya.

Mahathir pula dikatakan amat jarang dan boleh dikatakan hampir tidak pernah mempengerusikan mesyuarat parti di Bahagian berkenaan meskipun beliau adalah Ketua Bahagian PPBM di Langkawi.

Ekoran ketidakhadiran Mahathir, difahamkan bahawa boleh dikatakan hampir semua mesyuarat parti di Bahagian itu terpaksa dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Bahagiannya, Shukor Bahari.

Selain itu, desas-desus di peringkat akar umbi PPBM di Langkawi juga dikatakan sedang dilanda masalah berhubung akaun dana kewangan parti yang mungkin disalah guna oleh pihak tertentu.

Kontroversi bertambah hangat apabila khabar angin menjelaskan tentang peranan bekas pengasas PPBM, Anina Saadudin yang sebelum ini "tersingkir" dari kepimpinan dan bertindak keluar parti, kini amat memusuhi parti tersebut di sana.

Setelah keluar parti, Anina yang difahamkan bergerak sebagai NGO telah mendedahkan pelbagai isu mengenai masalah dalaman bekas partinya itu terutama melibatkan hal ehwal PPBM di peringkat Bahagian.

Justeru itu, kemelut yang sedang dihadapi oleh PPBM di Langkawi berkenaan dijangka menjadi punca utama kemungkinan Mahathir tidak akan bertanding di sana ekoran potensinya untuk tewas semakin besar.

Sekiranya bekas Perdana Menteri itu bertanding dan tewas di Parlimen Langkawi, ia dikhuatiri akan menjejaskan lagi reputasinya di mata rakyat.

Sokongan dan populariti Mahathir kini sedang teruk merudum ekoran tindakannya yang bersahabat baik dengan DAP, PAN dan PKR, sebaliknya memilih untuk menyerang PAS dan UMNO sehingga mencetus rasa sangsi rakyat terhadap agenda sebenar bekas Perdana Menteri itu

Wednesday, 13 December 2017

Mahathir Reka Cerita Sampah Baru Untuk Alihkan Isu Skandal Forex

Image result for MAHATHIR DAN SKANDAL FOREX

Tuduhan dilakukan Tun Mahathir kononnya kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengalami kerugian sehingga RM160 bilion, hanyalah semata-mata taktik Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu untuk menyelamatkan dirinya daripada dipertanggungjawabkan berhubung skandal urus niaga mata wang asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990-an yang menyebabkan negara kehilangan RM31.5 bilion.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tindakan Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP itu dilihat cuba mengalih perhatian rakyat terhadap isu sebenar iaitu perbuatan menyembunyikan fakta kerugian daripada Kabinet pada waktu itu.

"Kami tegaskan bahawa penurunan rizab kerajaan pada waktu tertentu bukanlah disebabkan kecuaian atau ketidakcekapan sesebuah kerajaan mengurus ekonomi sebaliknya perkara itu menjurus kepada keadaan dan faktor mata wang selain keadaan ekonomi dunia.

"Sebagai Menteri Kewangan, Mahathir sepatutnya mengetahui yang penyusutan dan pertambahan rizab bergantung kepada lebihan dagangan antarabangsa serta pengaliran masuk modal ke dalam negara. Secara dasarnya ia boleh bertambah atau menguncup bersandarkan keluar dan masuknya mata wang dolar Amerika,” katanya dalam satu kenyataan kepada portal berita.

Mengulas lanjut katanya, tindakan dilakukan Mahathir itu seolah-olah sengaja mahu melempar ‘umpan’ persepsi supaya disahut oleh rakyat.

"Beliau seolah-olah ketandusan idea untuk terus mencipta tohmahan dan fitnah terbaru terhadap kepemimpinan negara. Dalam hal ini, beliau tampak amat yakin mampu mencipta dan mewujudkan polemik baharu bagi meracuni pemikiran rakyat,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, pihak berkuasa terutamanya polis perlu memanggil pihak bertanggungjawab dalam skandal forex tersebut untuk segera dibawa ke muka pengadilan.

"Buat rakyat, mereka perlu tahu akan kebenaran bahawa ada pemimpin sebelum ini yang tidak maksum dan sempurna. Hakikatnya kehilangan lebih RM31 bilion merupakan kerugian yang amat besar dan rakyat perlu tahu siapa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara itu,” tegas Shaiful Hazizy.